Search This Blog

Gambar Keluarga

Raya 2012

Hari Graduasi

Majlis graduasi anak sulung saya

Keluarga Guru

Bersama Guru-guru SK Beruas yang dikasihi

Majlis Qurban

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 2012

Hari Guru

Majlis Sambutah Hari Guru 2012 SK Beruas

Showing posts with label ciri-ciri keluarga harmoni. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri keluarga harmoni. Show all posts

Wednesday, 21 November 2012

Aktiviti-Aktiviti Masa Lapang Keluarga Saya


AKTIVITI-AKTIVITI MASA LAPANG KELUARGA SAYA


AFIQ SHAZWAN MUKHTAR
Melancong


AFNAN NAIM MUKHTAR
Merentas Desa

  
AZIQ MUKHRIZ MUKHTAR
Memancing

Saturday, 10 November 2012

Keluarga Harmoni

Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikannya dengan cara yang baik.Ahli keluarga juga hendaklah saling memahami antara satu sama lain.
  • ibu bapa haruslah sentiasa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
  • ahli keluarga perlu mengamalkan sikap bertolak ansur.
  • kita juga perlu sentiasa memahami antara satu sama lain.
  • ahli keluarga perlu memperbanyakkan bersabar ketika menghadapi masalah dalam keluarga.

Friday, 9 November 2012

Definisi Keluarga & Harmoni


DEFINISI



Pengertian Keluarga

Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kuladanwarga "keluarga" yang bermaksud "anggota" atau "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam suatur umah,berinteraksi satu sama lain dan di dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.(Menurut Salvicion dan AraCelis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah : - Unit terkecil dari masyarakat. Terdiri dari [ada dua orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah.Hidup dalam satu rumahtangga. Di bawah pimpinan seseorang ketua rumahtangga.Berinteraksi  diantara sesama anggota keluarga.Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.Diciptakan ahli keluarga untuk mempertahankan suatu kebudayaan. 

Maksud Harmoni
Istilah "harmoni" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secarat epat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang  yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kacamata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi harmoni itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ia nya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang  tidak bertulang berupa sesuatu lafaz ata uucapan kata-kata.Bahkan kalau dikira, definisi yang  dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapka nmelalui kata-kata atau ucapan. Mempertingkatkan kualiti keislaman, ke imanan dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang  hakiki.Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauh mana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memilik isebuah keluarga yang harmoni mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahuilagi MahaPengasih dan Penyayang serta Maha Adil keatas sekelian makhluk ciptaanNya.