Search This Blog

Gambar Keluarga

Raya 2012

Hari Graduasi

Majlis graduasi anak sulung saya

Keluarga Guru

Bersama Guru-guru SK Beruas yang dikasihi

Majlis Qurban

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 2012

Hari Guru

Majlis Sambutah Hari Guru 2012 SK Beruas

Sunday 23 December 2012

Tips Keluarga Bahagia

Sekadar berkongsi

 

Wednesday 21 November 2012

Sajak Ibu Dan Ayah



IBU
Anakmu ini masih memerlukan petunjuk..
Kejalan kebahagiaan
Dunia dan akhirat
Setia mengajar erti kekuatan
Restu dan doa ibu iringkan bersama
Terima kasih atas segalanya
Jasa ibu akan anakmu kenang
Hingga ke akhirhayat
Kerana kau ibuku…….

AYAH
Tidak terasa begitu cepat waktu berlalu
Kerinduanku akan masa kecil bersamamu
Kini hanya dapatku kenang
Takkan lagi terulang
Meski pun kini jauh di sana
Aku yakin kau bahagia di sisiNya….
Hanya doa yang dapatku kirimkan buatmu kini
Semoga apa yang telah kauberikan padaku
Dapat menjadi teladan buat cucu-cucumu
Semoga aku menjadi peribadi sebaikmu
Tegas, berwawasan dan berjiwa kasih
Aku sentiasa rindu padamu abah……..



NOTA KATA KERJA



NOTA KATA KERJA


1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan.

2. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja ta ktranssitif

3. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai dengan objek untuk membentuk ayat yang lengkap.



4. Kata kerja transitif terbahagi kepada :-
    a. Kata kerja transitif aktif
    b. Kata kerja transitif pasif

5. Contoh kata kerja transitif aktif :-
    a. Kata asal – makan, minum
    b. Kata berimbuhan-memasak, membantu,menggosok, mengelap.
    c. Imbuhan “me”-melukis, “mem”-membasuh, “men”-mendengar.

6. Kata kerjatrasitifpasifberasaldaripada kata kerja aktif tetapi diberi awalan “di”.
Contoh:-
    a. Memelihara  – dipelihara
    b. Memberi       -- diberi
    c. Mencuci        -- dicuci
    d. Mencaci        -- dicaci

7. Kata kerjataktransitifterdiridaripada :-
    a. Kata dasar – bangun, gugur, makan, tidur
    b. Kata berimbuhanber- berjalan, bermain, beratur
    c. Kata berimbuhanmen- mendapat, menjerit, menjemur
    d. Kata berimbuhanter- teratur, tersedak, tersepak.

Aktiviti-Aktiviti Masa Lapang Keluarga Saya


AKTIVITI-AKTIVITI MASA LAPANG KELUARGA SAYA


AFIQ SHAZWAN MUKHTAR
Melancong


AFNAN NAIM MUKHTAR
Merentas Desa

  
AZIQ MUKHRIZ MUKHTAR
Memancing

Simpulan Bahasa





simpulan bahasa


bil

simpulan bahasa

makna


1

ANAK EMAS

ORANG YANG DISAYANGI


2

ANAK ANGKAT

ANAK ORANG LAIN YANG DIPELIHARA


3

ANAK SULUNG

ANAK PERTAMA DALAM KELUARGA


4

ANAK BONGSU

ANAK TERAKHIR DALAM KELUARGA


5

ANAK TUNGGAL

ANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI ADIK-BERADIK YANG LAIN.


6

ANAK YATIM

ANAK YANG KEMATIAN IBU DAN BAPA


7

CAHAYA MATA

ANAK ATAU ZURIAT


Thursday 15 November 2012

Lembaran Kerja

Hari Keluarga:

Gambar hari keluarga (sekadar gambar hiasan)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2
Tahun     : 2 Cerdik
Bilangan Murid : 26 orang
Masa      : 10.00 – 11.00 pagi
Tema      : Keluarga
Tajuk     : Keluarga Harmoni
Fokus Utama :
Standard Kandungan : Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Standard Pembelajaran : Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks.
Fokus Sampingan : Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Standard Kandungan : Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.
Satndard Pembelajaran : Menceritakan cerita yang didengar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Objektif     :  Pada akhir pengajaran , murid dapat :-
1.       Meyebut nama –nama ahli keluarga mereka.
2.       Menulis ayat tunggal daripada kata panggilan dan kata ganti nama kata yang diberi.
EMK      :  Ilmu  : Pendidikan Sivik, Agama Islam
                  Nilai  : Bersyukur, kerjasama, kasih sayang
                 KBT   :  Kemahiran Berfikir – Menjana Idea
                                Kecederdasan pelbagai – Visual dan ruang
               Keusahawanan
Kosa Kata   : hormat, bahagia, membantu,
BBM           : Petikan lagu, kad gambar, slide, LCD                                 


AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN


Set Induksi (5 minit)
1.       Murid melihat gambar
di skrin di hadapan kelas.

2.       Murid diminta menyebut
gelaran pada setiap gambar seperti :-
-          Bapa
-          Ibu
-          Kakak
-          Abang
-          adik
-           


Nilai : Bersyukur / kasih sayang


Slide gambar “Keluarga”

Langkah 1 (10 minit)

1.       Guru meminta beberapa orang murid keluar ke hadapan kelas dan melakonkan watak yang terdapat dalam keluarga.

2.       Murid melakonkan watak bapa, ibu, kakak dan lain-lain lagi.

3.       Murid membaca kuat teks “Keluarga Harmoni” secara kelas dengan bimbingan guru.

4.       Guru dan murid bersoaljawab secara lisan  mengenai petikan yang dibaca.





Nilai : Kerjasama / kasih sayang





Simulasi



Kemahiran Membaca




Soalan :-
1.       Apakah peranan seorang ayah?
2.       Apakah sifat atau peribadi yang terdapat pada seorang ibu?
3.       Apakah tugas kita sebagai anak?




Kad perkataan









BBM :-
Klik di bawah untuk paparan teks
“Keluarga Harmoni”.
·         Teks “Keluarga Harmoni”


Murid mengemukakan pelbagai jawapan yang berbeza.










Langkah 2 (20 minit)

1.       Guru memberi penerangan tentang penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri.

2.       Murid menyebut kata panggilan yang mereka dapati daripada petikan.

3.       Murid membina ayat tunggal secara lisan dengan menggunakan kata ganti nama dengan betul.







Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai.




Penggunaan kata panggilan yang sesuai.


Membina  ayat tunggal
Secara lisan.









Kemahiran lisan




 Kemahiran membaca




Kemahiran lisan



Langkah 3 (20 minit)

1.       Murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru.

2.       Murid diminta membubuh kata panggilan atau kata ganti diri yang telah mereka ketahui.



Contoh ayat tunggal :-

1.       Ayah membasuh kereka di halaman.
2.       Kakak menyapu sampah di dapur.
3.       Adik bermain bola bersama abang.





Kemahiran Menulis
Penutup (5  minit)

Guru dan murid bersoaljawab tentang hasil dapatan P & P pada
hari ini.

Murid mengingat kembali isi pelajaran.
Rumusan pengajaran:-

Kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai.


Nama-nama ahli keluarga.


Gamabar kelauarga