Search This Blog

Friday, 9 November 2012

Definisi Keluarga & Harmoni


DEFINISI



Pengertian Keluarga

Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kuladanwarga "keluarga" yang bermaksud "anggota" atau "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam suatur umah,berinteraksi satu sama lain dan di dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.(Menurut Salvicion dan AraCelis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah : - Unit terkecil dari masyarakat. Terdiri dari [ada dua orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah.Hidup dalam satu rumahtangga. Di bawah pimpinan seseorang ketua rumahtangga.Berinteraksi  diantara sesama anggota keluarga.Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.Diciptakan ahli keluarga untuk mempertahankan suatu kebudayaan. 

Maksud Harmoni
Istilah "harmoni" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secarat epat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang  yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kacamata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi harmoni itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ia nya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang  tidak bertulang berupa sesuatu lafaz ata uucapan kata-kata.Bahkan kalau dikira, definisi yang  dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapka nmelalui kata-kata atau ucapan. Mempertingkatkan kualiti keislaman, ke imanan dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang  hakiki.Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauh mana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memilik isebuah keluarga yang harmoni mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahuilagi MahaPengasih dan Penyayang serta Maha Adil keatas sekelian makhluk ciptaanNya.

3 comments:

  1. Info yang baik dan berguna untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik ;-)

    * Jemput berkunjung dan 'Follow' Blog saya - Mak Andam Supplemen
    http://makandamsupplemen.blogspot.com/

    Terima Kasih
    Fazs | 0183111749

    ReplyDelete
  3. hai.. boleh tlg ajar saya x mcm mana nak buat blog mcm nie??? mcm mana nak buh lagu n tukar bentuk mouse??? tima kasih.. saya memohon tunjuk ajar..

    ReplyDelete