Gambar Keluarga
Raya 2012
Hari Graduasi
Majlis graduasi anak sulung saya
Keluarga Guru
Bersama Guru-guru SK Beruas yang dikasihi
Majlis Qurban
Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 2012
Hari Guru
Majlis Sambutah Hari Guru 2012 SK Beruas
Sunday, 23 December 2012
Wednesday, 21 November 2012
Sajak Ibu Dan Ayah
19:59
4 comments
IBU
Anakmu ini masih memerlukan petunjuk..
Kejalan kebahagiaan
Dunia dan akhirat
Setia mengajar erti kekuatan
Restu dan doa ibu iringkan bersama
Terima kasih atas segalanya
Jasa ibu akan anakmu kenang
Hingga ke akhirhayat
Kerana kau ibuku…….
AYAH
Tidak terasa begitu cepat waktu berlalu
Kerinduanku akan masa kecil bersamamu
Kini hanya dapatku kenang
Takkan lagi terulang
Meski pun kini jauh di sana
Aku yakin kau bahagia di sisiNya….
Hanya doa yang dapatku kirimkan buatmu kini
Semoga apa yang telah kauberikan padaku
Dapat menjadi teladan buat cucu-cucumu
Semoga aku menjadi peribadi sebaikmu
Tegas, berwawasan dan berjiwa kasih
Aku sentiasa rindu padamu abah……..
NOTA KATA KERJA
NOTA KATA KERJA
1. Kata kerja ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan.
2. Kata kerja terbahagi kepada kata kerja transitif dan kata kerja ta ktranssitif
3. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai dengan objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
4. Kata kerja transitif terbahagi kepada :-
a. Kata kerja transitif aktif
b. Kata kerja transitif pasif
5. Contoh kata kerja transitif aktif :-
a. Kata asal – makan, minum
b. Kata berimbuhan-memasak, membantu,menggosok, mengelap.
c. Imbuhan “me”-melukis, “mem”-membasuh, “men”-mendengar.
6. Kata kerjatrasitifpasifberasaldaripada kata kerja aktif tetapi diberi awalan “di”.
Contoh:-
a. Memelihara – dipelihara
b. Memberi -- diberi
c. Mencuci -- dicuci
d. Mencaci -- dicaci
7. Kata kerjataktransitifterdiridaripada :-
a. Kata dasar – bangun, gugur, makan, tidur
b. Kata berimbuhanber- berjalan, bermain, beratur
c. Kata berimbuhanmen- mendapat, menjerit, menjemur
d. Kata berimbuhanter- teratur, tersedak, tersepak.
Aktiviti-Aktiviti Masa Lapang Keluarga Saya
AKTIVITI-AKTIVITI
MASA LAPANG KELUARGA SAYA
AFIQ SHAZWAN MUKHTAR
Melancong
AFNAN NAIM MUKHTAR
Merentas Desa
AZIQ MUKHRIZ MUKHTAR
Memancing
Simpulan Bahasa
simpulan bahasa
bil
|
simpulan bahasa
|
makna
|
1
|
ANAK EMAS
|
ORANG YANG DISAYANGI
|
2
|
ANAK ANGKAT
|
ANAK ORANG LAIN YANG
DIPELIHARA
|
3
|
ANAK SULUNG
|
ANAK PERTAMA DALAM KELUARGA
|
4
|
ANAK BONGSU
|
ANAK TERAKHIR DALAM KELUARGA
|
5
|
ANAK TUNGGAL
|
ANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI
ADIK-BERADIK YANG LAIN.
|
6
|
ANAK YATIM
|
ANAK YANG KEMATIAN IBU DAN
BAPA
|
7
|
CAHAYA MATA
|
ANAK ATAU ZURIAT
|
Thursday, 15 November 2012
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2
Tahun : 2 Cerdik
Bilangan Murid : 26 orang
Masa : 10.00 –
11.00 pagi
Tema : Keluarga
Tajuk : Keluarga
Harmoni
Fokus Utama :
Standard Kandungan : Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Standard Kandungan : Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Standard Pembelajaran : Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks.
Fokus Sampingan : Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.
Standard Kandungan : Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.
Standard Kandungan : Merekod maklumat tentang sesuatu perkara.
Satndard Pembelajaran : Menceritakan cerita yang didengar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
Objektif : Pada akhir pengajaran , murid dapat :-
1. Meyebut
nama –nama ahli keluarga mereka.
2. Menulis
ayat tunggal daripada kata panggilan dan kata ganti nama kata yang diberi.
EMK : Ilmu :
Pendidikan Sivik, Agama Islam
Nilai
: Bersyukur, kerjasama, kasih sayang
KBT
: Kemahiran Berfikir – Menjana
Idea
Kecederdasan
pelbagai – Visual dan ruang
Keusahawanan
Kosa Kata : hormat,
bahagia, membantu,
BBM :
Petikan lagu, kad gambar, slide, LCD
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Set Induksi (5 minit)
1.
Murid melihat gambar
di skrin di hadapan kelas.
2.
Murid diminta menyebut
gelaran pada setiap gambar
seperti :-
-
Bapa
-
Ibu
-
Kakak
-
Abang
-
adik
-
|
Nilai : Bersyukur / kasih sayang
|
Slide gambar “Keluarga”
|
Langkah 1 (10 minit)
1. Guru
meminta beberapa orang murid keluar ke hadapan kelas dan melakonkan watak
yang terdapat dalam keluarga.
2.
Murid melakonkan watak bapa, ibu, kakak dan
lain-lain lagi.
3.
Murid membaca kuat teks “Keluarga Harmoni”
secara kelas dengan bimbingan guru.
4.
Guru dan murid bersoaljawab secara lisan mengenai petikan yang dibaca.
|
Nilai : Kerjasama / kasih sayang
Simulasi
Kemahiran Membaca
Soalan :-
1.
Apakah peranan seorang ayah?
2.
Apakah sifat atau peribadi yang terdapat pada
seorang ibu?
3.
Apakah tugas kita sebagai anak?
|
Kad perkataan
BBM :-
Klik di bawah untuk paparan teks
“Keluarga Harmoni”.
·
Teks “Keluarga Harmoni”
Murid mengemukakan pelbagai jawapan yang berbeza.
|
Langkah 2 (20 minit)
1.
Guru memberi penerangan tentang penggunaan
kata panggilan dan kata ganti nama diri.
2.
Murid menyebut kata panggilan yang mereka
dapati daripada petikan.
3.
Murid membina ayat tunggal secara lisan dengan
menggunakan kata ganti nama dengan betul.
|
Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai.
Penggunaan kata panggilan yang sesuai.
Membina ayat tunggal
Secara lisan.
|
Kemahiran lisan
Kemahiran membaca
Kemahiran lisan
|
Langkah 3 (20 minit)
1.
Murid dikehendaki membina ayat tunggal
berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru.
2.
Murid diminta membubuh kata panggilan atau
kata ganti diri yang telah mereka ketahui.
|
Contoh ayat tunggal :-
1.
Ayah membasuh kereka di halaman.
2.
Kakak menyapu sampah di dapur.
3.
Adik bermain bola bersama abang.
|
Kemahiran Menulis
|
Penutup (5 minit)
Guru dan murid bersoaljawab tentang hasil dapatan P & P pada
hari ini.
Murid mengingat kembali isi pelajaran.
|
Rumusan pengajaran:-
Kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai.
Nama-nama ahli keluarga.
|
Gamabar kelauarga
|
Saturday, 10 November 2012
Keluarga Harmoni
- ibu bapa haruslah sentiasa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
- ahli keluarga perlu mengamalkan sikap bertolak ansur.
- kita juga perlu sentiasa memahami antara satu sama lain.
- ahli keluarga perlu memperbanyakkan bersabar ketika menghadapi masalah dalam keluarga.
Friday, 9 November 2012
Definisi Keluarga & Harmoni
DEFINISI
Pengertian Keluarga
Keluarga berasal dari bahasa Sansekerta: kuladanwarga "keluarga" yang bermaksud "anggota" atau "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga adalah dua atau lebih dari dua individu yang tergabung kerana hubungan darah, hubungan perkahwinan atau pengangkatan dan mereka hidupnya dalam suatur umah,berinteraksi satu sama lain dan di dalam peranan masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu kebudayaan.(Menurut Salvicion dan AraCelis). Dari pengertian di atas dapat diambil kesimpulan bahawa keluarga adalah : - Unit terkecil dari masyarakat. Terdiri dari [ada dua orang atau lebih. Adanya ikatan perkahwinan atau pertalian darah.Hidup dalam satu rumahtangga. Di bawah pimpinan seseorang ketua rumahtangga.Berinteraksi diantara sesama anggota keluarga.Setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.Diciptakan ahli keluarga untuk mempertahankan suatu kebudayaan.
Maksud Harmoni
Istilah "harmoni" itu adalah suatu perkara yang unik dan terlalu seni untuk didefinisikan secarat epat, apatah lagi jika ia ditakrifkan oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan menggunakan kacamata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja definisi harmoni itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ia nya tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz ata uucapan kata-kata.Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan dan diungkapka nmelalui kata-kata atau ucapan. Mempertingkatkan kualiti keislaman, ke imanan dan ketakwaan kita adalah diiktiraf sah sebagai anak kunci sebuah kebahagiaan yang hakiki.Oleh itu terpulanglah kepada kita sejauh mana ikhlasnya niat kita dan juga usaha upaya kita untuk memilik isebuah keluarga yang harmoni mengikut kaca-mata Al-Quran yang merupakan "Kalamullah" dan berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi besar kita Muhammad SAW yang diiktiraf oleh Allah SWT yang Maha Pencipta, Maha Mengetahuilagi MahaPengasih dan Penyayang serta Maha Adil keatas sekelian makhluk ciptaanNya.